Menu Close
Share:
Notifications
Clear all




Final Exam Universiti  

 
Shikin
 Shikin
(@Shikin)
Solved

Suatu hari ada tiga orang student yang tak sempat study untuk final exam. Jadi mereka pun merancang untuk tidak hadir ke exam tersebut dan mereka perlu menipu pensyarah mereka.

Jadi mereka bertiga pun berjumpa pensyarah sambil memakai pakaian yang kotor dengan minyak hitam.

"Maaf Encik. Kami tak dapat hadir final exam tadi sebab sewaktu pulang dari majlis perkahwinan, kereta kami rosak. Sebab itulah pakaian kami semua ni kotor." 

"Baiklah, saya bagi kamu tiga hari untuk bersedia final exam subjek ni." Kata pensyarah.

Selepas tiga hari mereka memang sudah study dan besedia untuk final exam. Mereka ditempatkan di tiga bilik berasingan dan exam tersebut hanya mempunyai empat soalan.

Soalan 1: Majlis perkahwinan siapakah yang kamu hadiri?

Soalan 2: Dimanakah berlangsungnya majlis perkahwinan tersebut?

Soalan 3:  Kereta jenis apakah yang kamu naik samasa ke majlis perkahwinan tersebut?

Soalan 4: Dimanakah kereta kamu rosak?

Cara permakahan: Hanya jawapan yang sama sahaja dikira betul.

Sampailah hari ini, ketiga-tiga mereka masih belum keluar dari bilik tersebut.

This topic was modified 9 months ago by Shikin
Quote
Posted : September 2, 2020 6:00 pm

Leave a reply

Author Name

Author Email

Title *

 
Preview 0 Revisions Saved




Share: