Menu Close
Share:
Notifications
Clear all




Joe Dan Telur Testisnya  

 
Santai Santai
 Santai Santai
(@Santai Santai)
Solved

Alkisah.

Joe telah menderita sakit kepala yang teruk sejak 20 tahun lepas.

Dia kemudian berkeputusan untuk berjumpa dengan seorang doktor pakar untuk berubat.

Doktor berkata, 'Joe, berita baik saya boleh merawat sakit kepala anda.'

Berita buruknya, rawatan tersebut melibatkan pembedahan untuk membuang telur testisnya.

Awak mempunya masalah yang jarang dimana telur teatis awak akan menekan saraf tunjang yang secara langsung menyebabkan sakit kepala yang teruk.

Caranya yang ada hanyalah menjauhi tekanan pada saraf tunjang dengan membuang telur testisnya.

Joe terkejut dan kemurungan. Dia berfikir jika dia mempunyai apa-apa dalam kehidupan.

Dia tidak mempunyai pilihan melainkan melalui pembedahan tersebut yang menelan belanja sebanyak RM 75,000.

Apabila pulang dari hospital, dia tidak lagi mempunyai masalah sakit kepala buat kali pertama selepas 20 tahun. Namun dia sedar bahawa dia telah kehilangan satu organ penting pada dirinya.

Sewaktu berjalan Joe berfikir untuk merubah hidupnya. Dia boleh jadikan dirinya seperti orang baharu.

Dia nampak satu kedai butik lelaki lantas berfikir, "Inilah yang aku perlukan. Pakaian yang baru."

Dia masuk dan memberitahu jurujual yang dia mahukan satu suit yang baru.

Jurujual melihat susuk tubuh Joe dan memberitahu saiz suit 44 sepatutnya padan dengan tubuhnya.

Joe terkejut, "Betul tu. Macam mana pam cik tahu?"

"Dah 60 tahun pak cik berniaga tuan!" Kata jurujual.

Joe mencuba dan suit tersebut padan dengan sempurna.

Sewaktu Joe melihat dirinya dicermin jurujual bertanya, "Bagaimana pula jika tambah dengan kemeja yang baru?"

Joe berfikir sejenak lantas bersetuju dengan saranan.

Jurujual melihat dan berkata, "Saiz 34 untuk lengan dan 16-1/2 untuk kolar." 

Joe terkejut, "Betul tu. Macam mana pak cik tahu?"

"Saya dah berniaga selama 60 tahun tuan!"

Joe mencuba kemeja tersebut dan ianya padan dengan sempurna sekali.

Ketika Joe berjalan-jalan didalam kedai jurujual bertanya, "Macam mana kalau seluar dalam yang baru pula?"

Joe berfikir sejenak dan bersetuju.

Jurujual berkata, "Hmmmmm saiz 36."

Joe ketawa, "Ah ha! Anda salah kali ini. Saya hanya memakai saiz 34 sejak saya berumur 18 tahun lagi."

Jurujual menggeleng kepalanya, "Awak tidak boleh memakai siz 34 sebab saiz 34 akan menyebabkan telur testis anda menekan keatas hingga ke saraf tunjang dan akan menyebabkan sakit kepala yang teruk!"

Kesimpulannya:

Pembedahan RM 75,000/-

Seluar dalam RM 75/-

Hakikatnya, selalulah bertanyakan pendapat kedua sebelum anda melakukan sebarang pembedahan.

Quote
Posted : November 3, 2020 3:53 am

Leave a reply

Author Name

Author Email

Title *

 
Preview 0 Revisions Saved




Share: