Menu Close
Share:
Notifications
Clear all




Pengalaman di Pusat Kuarantin 1 Sep Hingga 14 Sep  

 
Kayangan Quarantiner
 Kayangan Quarantiner
(@Kayangan Quarantiner)
Solved

Assalam semua.

Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat2 selalu. Abam kali ni nk berkongsi pengalaman abam ketika kuarantin setibanya di Malaysia pada 1 Sep 2020 baru ni. Just pada sesiapa yg nk berkongsi cerita abam ni boleh la share pada sedara mara atau kawan2.

Kita semua maklum bermula 24 Jul 2020, semua yang datang ke Malaysia wajib dikenakan kuarantin selama 14 hari sebaik sahaja melangkah masuk ke Malaysia. Dan tempat untuk kuarantin juga adalah di hotel2 terpilih oleh pihak KKM. Kita tidak mempunyai pilihan untuk tinggal di hotel mana kerana semuanya diuruskan oleh pihak KKM.

Kepada mereka yg akan masuk ke Malaysia, pertama sekali ubah mindset anda seperti anda tinggal di hotel. Katakan pada diri anda yang anda berada dipusat kuarantin dan bukannya hotel. RM150 sehari anda bayar adalah jauh lebih murah berbanding dengan harga biasa. Dan jangan impikan servis bilik anda seperti penginapan hotel2 sebelum ini. Kuarantin adalah tempat zon merah, dan mereka yg mahu kebilik anda perlu memakai PPE sepenuhnya bg melindungi diri. Jadi hormatilah mereka.

Jangan sesekali bandingkan hotel anda dengan hotel2 yang lain. Memang byk review dlm sosial media menceritakan pengalaman mereka sepanjang kuarantin di hotel tersebut dan lantas anda pun mencemburuinya. Secara tidak langsung berputiklah titik hitam dihati anda untuk memberontak sepanjang penginapan kuarantin anda.

Makanan yg disediakan oleh pihak hotel atau KKM boleh dianggap biasa2 sahaja. Oleh itu kepada mereka yg mahukan lebih drpd apa yang diberikan, anda perlulah bersedia terlebih awal di luar negara. Persediaan saya dgn membawa mi segera, biskut dan sambal terasi dari kedai Indonesia adalah tidak menghampakan. Makanan yang disediakan boleh diubahsuai dgn sambal terasi, mi segera adalah untuk bekalan ketika lapar dan biskut2 boleh dikunyah ketika waktu lapang sbg snack. Bawa sekali kopi, gula, milo atau apa2 keperluan utk minuman anda. Paket minuman yg disediakan pihak hotel adalah terhad. So bawak keperluan anda dr luar sebaiknya.

Speed internet rata2nya adalah mencukupi sekadar penggunaan sosial media sahaja. Anda perlu mencari alternatif lain sekiranya anda memerlukan speed internet yang lebih drpd itu. Saya ada membawa xbox saya bersama utk tontonan netflix dan sy juga melanggan yoodo untuk pengunaan internet saya. Anda akan berada selama 14 hari didalam bilik keseorangan dan pastinya anda mahukan sedikit hiburan untuk melewati masa. Kepada mereka yg memerlukan untuk bekerja sepanjang tempoh kuaranti disarankan untuk membawa network kabel supaya internet dihotel lebih stabil.

Bawalah barangan mandian seperti sabun, shampoo, lotion dan sabuh basuh baju bersama dengan anda. Memang hotel biasanya ada menyediakan barangan tersebut (kecuali sabuh basuh baju) namun kuantiti hanya sebotol kecil sahaja. Ingat, anda berada di pusat kuarantin dimana anda juga tidak mahu menyusahkan pihak hotel untuk menyediakan barangan tersebut secara berterusan. Lagipun hanya segelintir staff sahaja yg boleh mengakses zon merah.

Juga perlu diingatkan bekalan seperti ubat ubatan2 sekadar dapat membantu sakit2 yang kecil2. Anda boleh hubungi pihak hotel sekiranya anda tidak sihat namun anda jangan menganggap masa yg diambil untuk memberi rawatan kepada anda adalah singkat. Justeru itu anda perlulah bersedia untuk hal2 yang kecil.

Ini adalah beberapa contoh persediaan untuk anda menghadapi kuarantin 14 hari setibanya di Malaysia. Persediaan awal boleh membantu anda untuk mempercepatkan lagi masa sepanjang kuarantin. Semoga membantu!

Sekian.

Quote
Posted : September 22, 2020 9:29 pm

Leave a reply

Author Name

Author Email

Title *

 
Preview 0 Revisions Saved




Share: