Menu Close
Share:
Notifications
Clear all




Berpolitiklah Untuk Rakyat  

 
Sesuap Nasi
 Sesuap Nasi
(@Sesuap Nasi)
Solved

Salam.

Sudah 5 bulan aku tak bekerja. Sudah beratus-ratus resume yang ku hantar namun diam membisu. Sudah berpuluh-puluh kerja sambilan yang aku buat. Berbulan juga aku tidak mendapat tidur yang cukup akibat tekanan dan memikirkan nasib keluarga dimasa mendatang.

Ketika ekonomi negara sedang mulai bertumbuh perlahan. Ketika itulah aku mulai nampak mungkin ada sinar buat aku dan keluarga aku. Tidak mengimpikan sebuah kehidupan yang mewah namun cukup sekadar ada tempat berteduh, cukup makan pakai seharian dan mampu menjaga kesihatan.

Bukan tak mahu berniaga, cuma pengalaman dan keyakinan diri belum ada. Duit retrenchment yang ada pula perlu dimanfaatkan untuk menjalani kehidupan menganggur sebaiknya. Lagi pula, tiada sokongan keluarga kerana mereka juga tidak ada pengalaman berniaga.

Namun semalam, dek kerakusan kekuasaan politik ekonomi negara jatuh kembali. Kes covid di negara sudah kembali ke tiga angka sehari. Baru sahaja ada keyakinan diri bahawa akan ada sinar pada masa terdekat, semuanya menjadi gelap. Tekanan dalam diri bertambah. Mengalir air mata bila melihat anak-anak kecil semakin membesar. Gelak ketawa dan gerak-geri mereka dapatlah juga menampung keperitan hidup yang aku alami. Aku sanggup berbuat apa sahaja demi demi masa depan mereka.

Maafkan papa sayang. Semoga kamu juga tabah.

Quote
Posted : September 24, 2020 12:43 pm

Leave a reply

Author Name

Author Email

Title *

 
Preview 0 Revisions Saved




Share: