Menu Close
Share:
Notifications
Clear all




Pembantu Rumah Sebagai Pengantara  

 
FB Suhaimi
 FB Suhaimi
(@FB Suhaimi)
Solved

Assalamualaikum dan selamat pagi.... Ina kembali lagi..... amboihhhh. Tau la phone En suami punya. Dia peram seminggu. Nak tumpang mengomel pun tak boleh. Hmmmm. Ni ada satu lagi cerita misteri dalam wad yang saya alami.

SAYA MUSLIM!

Ada sekali tu, wad kami terima pulak satu pesakit warga asing. Dia ni dihantar oleh majikannya sendiri, merupakan warganegara bukan beragama Islam. ( maaf, saya tidak berniat rasis atau anti mana-mana agama. Cuma hendak menjelaskan pokok pangkal cerita ni saja. Harap jangan ada salah faham). Jadi kami tak tahu status agama pesakit ni. Namanya pun tak menggambarkan dia ni orang Islam.

Sepanjang berada dalam wad, pesakit ni selalu buat hal. Meronta-ronta, tak reti duduk diam, sentiasa resah gelisah. Suaranya pulak amat garau, tak padan dengan wajahnya yang boleh dikategorikan sebagai cantik dan bertubuh kecil molek. Paling tak tahan, apabila kedengaran sahaja azan berkumandang dia mula menjerit-jerit dan meraung seperti anjing.

"Auuuuuuuuuuu!"

"Panas! Panas! Haaaa..... air.... bagi aku airrrrrrr," Oh! Meremang bulu roma setiap kali terdengar suaranya.

Kerana sikap aggressif nya, kami bertindak mengikat kedua-dua tangan dan kakinya bersekali badannya. Pun begitu, dia masih mampu untuk menggoncangkan katilnya.

Emosi kami yang bertugas ni memang terganggu sama sekali. Emosi pesakit apatah lagi. Waris-waris pesakit yang ada mula mengadu keadaan yang tidak tenteram dalam wad. Tapi apalah upaya kami selain memberikan perkhidmatan yang terbaik sahaja.

Wad hanya akan tenang setelah pesakit yang seorang ni tidur. Tetapi sebaik dia bangun semula, habis kelam kabut lah semula wad.

"Air....... bagi aku air......." itulah ayat pertama yang akan keluar dari mulutnya setiap kali dia bangun dari tidur.

Geram jugak kadang-kadang tu. Dalam hati, saya selalu berdoa semoga dia ni cepat-cepat dibenarkan pulang. Tekanan! Yang saya sedikit pelik, perangai dia yang aggressif tu bertukar 360 darjah apabila majikannya datang melawat. Boleh pulak dia diam, duduk dengan tertib.... Siap majikan bawak makanan dari rumah dan menyuapkan kepada amahnya tu.

"Amboi! Amboiii! Bukan main lagi dia berlakon ni?" Begitu lah getus hati saya melihat kelakuannya.

Kami tak pula memeriksa apa yang majikannya bawa untuk disuapkan kepadanya tu. Apa yang penting, aman lah sekejap. Namun, sebaik majikannya pulang, dia akan mula buat hal balik. Alaaaaaa! Benci betul la macam ni. Waris-waris pesakit pula mula marah-marah. Apa yang kami mampu buat? Terima saja la kemarahan mereka tu.

Ada juga waris pesakit yang prihatin dan baik hati membawa perawat alternatif bagi membantu merawat pesakit tu. Oleh sebab tiada siapa yang tahu apa status agamanya, kami terima sajalah jika yang datang hendak merawat secara alternatif tu seorang ustaz ke tok sami ke, dukun ke... Apa-apa je lah. Asalkan dia sembuh sudah. Selepas dirawat dengan cara itu, baik la sekejap. Lepas tu dia buat hal lagi. Arghhhhhhhhh!

Suatu masa, semasa saya masuk tugas syif petang, saya lihat badannya tidak lagi terikat. Hanya tangan dan kaki sahaja yang tertambat. Apabila ditanya kepada incas syif pagi, dia menyatakan yang pesakit tersebut selepas azan subuh tadi melentikkan badannya ke atas dan seolah-olah terapung. Habis terlerai ikatan dibadannya. Saya tak dapat bayangkan apa sebenarnya yang terjadi. Tapi kira bagus juga la sebab pada hari itu dia agak kurang meragam dan lebih banyak tidur. Senang hati kami bekerja pada hari itu.

Menjelang malam, pesakit ni bangun dari tidurnya.

"Air...... bagi aku air...... Air....," suara garaunya menggentarkan sesiapa sahaja yang mendengarnya.

Ketika itu ada seorang waris pesakit ada berdekatan dengannya. Dan kebetulan dia membawa air dari rumah. Mungkin kerana simpati, orang itu menuangkan sedikit air yang dibawanya ke dalam cawan dan memberikan pesakit itu minum. Maka minum lah dia dengan lahap seolah-olah sudah sekian lama tidak bertemu dengan air.

"Ma kasih ya pak."

Eh? Elok pulak dia. Penuh sopan santun. Malah suaranya tidak lagi garau seperti mana sebelum ni. Halus dan gemersik sekali bak buluh perindu. Kami mula tertanya, air apa yang diberi oleh pakcik tadi.

"Allahu.... saya terlupa. Ni air Yassin. Saya bawa nak bagi kat bini saya. Tadi saya tengok dia macam lapaq ayaq ( dahaga ) sangat. Tu yang saya bagi sikit."

Wow! Mudahnya. Kenapa kami tak terfikir langsung sebelum ni? Sepanjang hari itu pesakit nan seorang ni mula menunjukkan perubahan yang positif. Dia tidak lagi aggressif dan meracau-racau. Malah kami sudah melepaskan segala ikatannya. Kesempatan itu saya gunakan untuk mengenali dirinya lebih lanjut.

"Saya Muslim, mbak. Ya majikan saya bukan muslim. Tapi saya mau cari uang saja mahu dikasi ke kampung." Jawabnya apabila ditanya.

Disebabkan dia mula mahu berkomunikasi, maka pelbagai persoalan mula terjawab satu persatu. Malah dia memberikan kerjasama yang memuaskan. Hasil perbualan, kami dapat tahu yang dia bekerja sebagai pembantu rumah kepada majikannya. Tetapi sepanjang dia di rumah majikan, tiada sebarang kerja pun yang perlu dia buat. Tugasnya hanya duduk diam di dalam bilik dan menunggu makanan di hantar oleh majikannya serta menghabiskan segala makanan tersebut.

Kami mula rasa pelik dan mengesyaki sesuatu. Oleh itu, kami berpakat menunggu majikannya datang melawat. Sebaik sahaja dia datang dan mengeluarkan makanan, segera kami menerpa dan memeriksa. Makanan tersebut nampak biasa. Hanya bubur nasi bersama lauk pauk dan sedikit sayur. Tapi oleh sebab rasa syak kami menggunung tinggi, hari itu kami tidak membenarkan majikannya memberi makanan itu kepadanya. Dan makanan itu kami rampas! Segera seorang ustaz dipanggil. Terkejut besar kami apabila dinyatakan oleh ustaz bahawa makanan tersebut bukanlah seperti yang kami nampak. Zahirnya sahaja nampak seperti bubur nasi, sedangkan ianya adalah segala macam kotoran yang dikutip dari tempat-tempat yang tidak dapat kami bayangkan. Rasa loya tekak kami mendengarnya.

Ketika itu barulah kami tahu bahawa majikannya mengambil dia bekerja hanya lah sebagai sandaran. Sedangkan tujuan sebenarnya adalah supaya pesakit ini menjadi perumah kepada makhluk belaan mereka dan makhluk belaan tersebut suka makan benda-benda yang kotor itu. Jadi, selama ini dalam badan pesakit tersebut ada makhluk ghaib yang mula menguasai dirinya dan memakan benda-benda ini. Kami hanya mampu menggelengkan kepala sahaja.

Di lain waktu, dia telah dibenarkan keluar. Berbuih mulut kami menasihatinya supaya berhenti kerja dan pulang sahaja ke kampung. Dia hanya mengangguk-angguk tidak membantah. Senang hati kami melihat keadaannya pada pagi itu lalu kami tinggalkan dia mengemaskan barang-barang nya dan menunggu untuk diambil semula oleh sang majikan.

Tapi, selang tidak lama. Keadaan jadi gamat semula. Pesakit tersebut kembali meracau dan menjerit-jerit. Kali ini lebih teruk lagi. Bertungkus lumus kami mengerah tenaga menenangkannya sebelum badannya menjadi semakin lemah dan lemah. Kami lepaskan pegangan seketika sebelum pesakit tersebut mengamali kekejangan. Tengkoknya terlipat ke belakang seperti terpatah dua. Badannya juga melengkung ke depan sehinggakan punggung hampir-hampir menyentuh tulang tamparan nyamuk. Kakinya juga terlipat rapat sehingga tapak kaki menyentuh punggung. Dahsyatnya keadaan dia ketika itu tak dapat saya bayangkan. Tak lama kemudian dia meninggal dunia dalam keadaan yang mengerikan. Wajahnya berubah sedikit demi sedikit. Mata mula cengkung ke dalam. Pipi yang gebu mengendur. Kulitnya yang cekang menjadi berkedut. Di hadapan saya kini, dia seolah-olah orang tua yang melepasi umur 60 sedangkan dia masih muda belia. Keadaan jenazah nya tetap menggerekot seperti tadi tanpa dapat diluruskan semula. Dapat didengari bunyi-bunyi halus dari dalam badannya seolah-olah ranting yang reput dipatah-patahkan. Kedutaan negaranya dipanggil bagi melancarkan urusan membawa balik jenazahnya. Bagi saya, ini antara kejadian paling aneh yang saya hadapi selama bertugas dalam wad. Sungguh ngeri dan menyayatkan hati. Pun begitu, nasib baik lah kami berjaya mengetahui status agamanya sebelum dia mmeninggal.Kalau tidak, entah bagaimanalah jenazahnya akan diuruskan?

-TAMAT-

Quote
Posted : August 26, 2020 12:05 am

Leave a reply

Author Name

Author Email

Title *

 
Preview 0 Revisions Saved




Share: