Menu Close
Share:
Notifications
Clear all




Buaya Bunyi Macam Mana?  

 
Sang Buaya
 Sang Buaya
(@Sang Buaya)
Solved

Salam semua. Mungkin ada yang tengok dan mungkin ada yang tidak. Ada suatu video dimana sekumpulan wanita bertanyakan bagaimana bunyi binatang. Dan sampailah satu soalan, "Buaya bunyi macam mana?". Budak itu menjawab, "Hai sayanggg..". 

Bedekah-dekahlah kumpulan wanita tersebut mendengar jawapan yang diberikan.

Saya cuma ingin memberi pendapat sahaja. Biarlah kalau korang nak kecam ke ape dan ini cuma pendapat saya. Tak salah untuk kita berlawak. Tapi kadang-kadang banyak yang tak kena tempat atau gaya.

Jika dilihat dalam video tersebut, budak itu seolah-olah tidak mengerti apa yang dipertanyakan namun dia masih lagi menjawab soalan yang diajukan. Disini kita sebagai orang dewasa sepatutnya menitik beratkan pembelajaran dan kefahaman budak kecil supaya dia mengenal dunia. 

Bimbingan dan teladan daripada kita orang dewasa amat penting. Bagi saya kalu budak itu ikut ketawa, tidaklah menjadi masalah. Namun reaksi muka budak tersebut seakan tidak faham kenapa jawapan yang diberikan menjadi suatu bahan ketawa.

Saya pun tak pandailah nak tulis panjang-panjang cuma point saya disini kita orang dewasa berjenakalah secara berhemah. Jangan hanya untuk meraih gelak orang ramai kita secara tidak sedar sudah mendidik generasi akan datang dengan cara yang salah. Biarlah budak kecil belajar ilmu yang patut dipelajari. Bukan kita mengukir mereka dengan bahan jenaka sebab ianya tidak akan memajukan kita. 

Biarlah dewasa berlawak dengan dewasa sahaja, jangan libatkan budak kecil. Saya memohon maaf jika coretan saya tidak disenangi. Sekian.

Quote
Posted : August 7, 2020 12:45 am

Leave a reply

Author Name

Author Email

Title *

 
Preview 0 Revisions Saved




Share: